Followers

Thursday 14 March 2013

Praktikal ooo Praktikal..


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Diharap semuanya sentiasa sihat dan berada dalam keadan yang bahagia
bersama-sama dengan keluarga tersayang..
hahahahaha..dah macam iklan hari raya pulak an...hahaha

Cuti semester pun semakin menghilang..tinggal 13 hari lagi untuk berehat dan menghabiskan
masa bersama keluarga dan rakan-rakan yang lama sudah tidak jumpa..hhaha
yang dah macam salam perantauan pulak..hahaha
macam-macam betullah...anak sape lah yang suka melalut nie...haahaha..
Bila cuti sudah nak abis,hidup mulalah dengan kestressan..mane tak nya,
tempat praktikal walaupun dh dapat ,tapi still lagi tak tahu dapat ke tak..

Dyowg semua nak surat bukti dan latterhead..tapi kne tunggu dululah..
cuti belum abis lagi..aduii...
Hope sangat dapat tempat yang dicari dan di usahakan itu..
hope jugak Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan dengan lancar..
amin... 

Yes i`m robot and Doll also






Nape aku cakap diri aku sebagai robot dan juga
patung..sebab aku penat dengan memiliki
perasaan dan aku penat dengan permainan
dunia..seyes aku cakap..semua hamba Allah s.w.t
yang aku jumpa di atas muka bumi ini
mengatakan aku nie seorang yang tidak
mempunyai perasaan dan hanya membosankan..
hahahhaa..seyes pertama kali mendengar luahan itu
aku terasa macam terhina tapi tak apa..hahahha
aku just thinks positif..
yer aku akui aku seorang ego dan memang aku tidak
pandai untuk melayan orang terlalu istimewa..
tapi jangan silap..setiap yang aku lakukan semuanya bersebab
jadi jangan sesekali, mencemuh aku..
Sekarang aku sudah penat,dan bialah jika aku ada perasaan
atau tidak cukup hanya aku dan allah yang tahu..
dan bagaimana layanan aku berikan,cukuplah terdekat sahaja
yang mengetahuinya dan orang yang pernah menjadi 
insan istimewa dalam diri aku..

Maaplah entry malam nie hanya berkaitan dengan perasaan..
bukan apa cuma ingin meluahkan apa yang terpendam..
walaupun tidak semua mampu diluahkan,
cukuplah rasa lega buat seketika...hehehe..
ok lah mata pun dah tak mampu untuk bertahan..
in shaa allah,kalau diizinkan..esok,aku akan uptaded lagi
WASSALAM..

Apa Itu Perasaan???



Assalamualaikum semua buah hati aku di blog ini dan selamat malam..
Baru 2 hari tak updated blog,tapi dah rasa macam satu tahun tak updated..hahaha..
Semalam nak je updated blog,tapi itulah keadaan pulak mencemburui aku..atoii..
Than early monink pulak,aku baru aje on lappy..tetibe mata pulak..rasa macam..
gelap sangat,pale pulak berdenyut-denyut..rasa macam naek roller coster lak..hahahaha..

Malam nie pun sebenarnya tidak berada nak izinkan sebab pale still lagi sakit,tapi itulah..
kerinduan dan juga ada benda yang ingin dikongsikan..
maka dengan badan yang lemah,aku gagahi jugak...hahahha..
And now im here...

Ok tanpa melengah-lengahkan masa lagi,malam ini aku ingin menceritakan sedikit sebanyak lah kan tentang
perasaan..Semua pasti ada perasaan bukan..kalau tak ada,semua itu poyo je..
sebab apa aku cakap macam tu,sebab binatang pun ada perasaan..
orang giler pun ada perasaan..boleh dikatakan semua benda yang hidup
pasti memilikinya cuma yang membezakan adalah cara kita mengawal perasaan tersebut..
Tetibe rasa macam motivator lak..hahaha...
Dekat sini siapa tahu maksud PERASAAN yang sebenar-benarnya..???
Perasan merupakan satu tindak balas yang berlaku melalui proses dalaman kita..Pelbagai jenis perasaan
yang boleh di pecahkan apabila proses ini berlaku.Dan diantaranya ialah marah,berkecil hati,suka,cinta,sayang,benci,kecewa,mudah tersinggung dan banyak lagi..Perasaan ini wujud
sejak kita kecil lagi dan ia datang tanpa diundang dan ia pergi tanpa disuruh..
Dari segi psikologi pula perasaan ini merupakan satu bentuk yang mengerakkan kita melakukan sesuatu dan menyatakan sesuatu mengikut emosi yang kita cuba tunjukkan..
Tapi harus diingat yer cyg ku semua,jangan sampai perasaan yang mengawal kita,
tapi biar kita yang mengawal perasaan tersebut...

Ok kebiasaannya perasaan yang sering kita dengar dan baca ialah berkaitan dengan cinta..
pergghhh,kalau petik pasal perasaan cinta nie kan..aku berani kerat jarilah,memang akan ramai nak jadi motivator r..hahahah..tapi itulah hakikatnya..Perasaan cinta merupakan satu perasaan yang sangat famous..lebih-lebih lagi dikalangan remaja zaman sekarang..
Eleh,aku cakap dekat orang,tapi aku juga mempunyai perasaan itu juga..hahaha..memanglah..
dah nama pun manusia..aku wajib ada cuma aku tidak mengakuinya..
tapi aku ada sebab yang tersendiri..hehehe..
Perasaan cinta ini sangat indah..Jika seseorang itu mengalami perasaan ini,pasti akan terasa
Dunia ini milik aku dan terjadilah simptom-simptom yang selalu ada dalam sinetron indonesia pukul 3 tu..
hahahahahahha..macam3..kadang lawak pun ada,kalau jumpa dengan individu ynag mengalami masalah ini..hahaha...
Ada setengah orang dia terlalu obses dengan perasaan.Sampai lupa apa sebenarnya yang ingin dicapainya..
dan ada juga yang sanggup mati kerana cinta ini..waduh2...berani mati betul yer..orang sekarang dah macam tak sayang nyawa pun ada..NAUZUBILLAH..mintak jauh..amin..
Bercinta tu tak salah,tapi bialah kita tahu batas-batas dan jangan sampai kita obses dengan cinta..

Aku juga pernah bercinta dan pernah rasa penangan dari cinta nie..
Serius aku cakap,aku serik dengan cinta nie..tapi itulah..
cuba menghalang diri daripada memiliki perasaan yang berkaitan dengan cinta ini,
tapi semakin jauh dengan dia,semakin dekat dia datang..
sampai aku sendiri tidak sedar,bila masa aku mempunyai perasaan cinta ini..
Sekarang aku hanya membiakan je perasaan nie
berada dalam hati aku..dan hanya mampu mengawalnya selagi mampu..
Bagi aku jika aku menyintai seseorang hamba allah nie..
ataupun merindui seseorang cukuplah,
aku dan allah s.w.t saja yang taw..
dan hanya doa sahaja yang mampu aku sampaikan..
moga-moga dia juga merindui dan menyanyangi aku..
seperti mana aku merindui dan menyanyanginya..
mungkin cara aku,kamo semua kurang berkenan an..hahahahha...tapi tak apa,
aku paham sebab semua orang,walaupun rambut sama hitam tapi hati berlainan
begitu juga dengan cara pemikiran serta cara mereka mengawal perasaan mereka..hahaha..

Perasaan nie memang unik..
susah untuk kita pahami..
sukar untuk kita luahkan..
sukar juga untuk kita mengawal kehadirannya..
tapi jika semua nya kita berjaya..
perasaan ini akan memberi kita sejuta kebahagiaan..

Sampai disini je lah coretan saya tentang perasaan..bagi sesiapa yang mempunyai perasaan..bersyukurlah kerana allah s.w.t masih lagi ingin memberi kita merasai apakah keistimewaan yang akan mewarnai kehidupan kita di dunia ini..Dan bagi yang menidakkan perasaannya..in shaa allah,lambat atau cepat..akan hadir perasaan yang anda inginkan..banyakkan berdoa..kepadanya kerana dia lebih mengetahui segala-galanya..Sekian,Wassalam..dan Selamat malam.. ^__^

Tuesday 12 March 2013

Pilih Bulu...ooppssss...Perlu ke ???


Assalamualaikum...

Hari pun sudah semakin panas..kalau dapat minum coke plus nan ais nie..
pergghhhh...memang best r..favorite lah katakan..hahaha..
tapi bagi kanak-kanak ataupun pengidap penyakit diabetis...jangan tiru 
peragai aku sebab in shaa allah , ia akan memberikan kesan yang kurang memuaskan..hahaha..

Ok sekarang ini aku bukannya nak bercakap atau bersyarah tentang penyakit dan 
aaa..X3...aq bukan ambik jurusan doktor yer..tapi...jeng3..
PSIKOLOGI...HIDUP PSIKOLOGI...

Bercakap soal pilih bululah ini..memang memeranjatkan..mana tak nya..ajegemo pilih bulu..
ate idok ke tak bende laen yang nak pilih kan..ate..ishhh..mengkome semue nie..idok ler
teman paham..hahahaha..itu bagi pemahaman untuk orang yang tak tahu makna PILIH BULU..

Pilih bulu ini sebenarnya merupakan perkataan daripada simpulan bahasa,yang memberi maksud
"Memandang kedudukan,bangsa,dan keturunan "yer adeq-adeq...ha..kan dah jadi cikgu..
Ramai sekarang suka sangat pilih bulu..sampai kadang-kadang orang yang tidak menjadi perhatian mereka ini menjadi terasa dan terasing..maka bermulalah pemberontakkan dalaman.Ini semua disebabkan
pringkat ego tidak dapat diselaraskan lagi dengan begitu baek..bukan senang taw untuk mengawal
perasaan bila sudah terasa ini...baek berhati-hati dengan keadaan sekeliling...

Persoalan sekarang perlu ke kita sebagai ibu bapa,para pendidik,kawan-kawan dan juga pemerintah bersikap pilih kasih antara sesama sendiri..Pertanyaan saya sekarang.Apakah faedah bila kita dapat membuat keadaan pilih kasih itu terjadi???Ermmm bagi pendapat sayalah kan,better tak payahlah..waste ur time sebenarnya..
Keadaan pilih bulu ini biasa kerap kali berlaku dalam isu pendidikan..kenapa aku boleh mengungkapkan
persoalan ini..ok mari aku bawa kamo semua kepada satu situasi..

SITUASI ( 1 )= Dalam kelas.

Ali,Amran,Husin dan juga Kamil merupakan satu group yang sangat popular di sebabkan meraka pandai bercakap dan alhamdulillah pencapaian akademik mereka juga memberangsangkan.Manakala bagi group Khadijah.Maisara,Nora dan juga Faezah merupakan group yang sederhana tetapi mereka tetap cuba menonjolkan diri serta kemampuan mereka setiap kali aktiviti yang dijalankan dalam kelas mahupun ujian..
Walau bagaimanapun,setiapa kali pensyarah mahupun cikgu yang masuk ke dalam kelas itu,hanya group Ali sahaja yang akan diberikan perhatian..Memang tidak di nafikan mereka juga menanyakan seperti soklan yang biasa,"Kamo faham Faezah??,Boleh buat Khadijah??tapi persoalan sekarang,mengapa tiba untuk menanyakan soklan yang penting contohnya berkaitan dengan markah ataupun soklan yang penting dalam exam,mereka langsung tidak memberikan kerjasama sedangkan bila group Ali..tanpa mereka tanya,meraka akan mendapat jawapan...

Persoalan yang timbul sekarang ialah "Perlu ke pilih kasih ini terjadi " Pada hal semuanya sama dan ia merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik.Aku tidak mengfokuskan pada pendidik sahaja,cuma apa yang aku cuba huraikan dekat sini ialah situasi yang biasa kita rasai.Sekarang ini tidak kiralah pendidik,ibu bapa,kawan-kawan mahupun pemerintah..soal pilih kasih sebenarnya tidak layak di tunjukkan dan juga dijadikan satu amalan..

Walaupun kita mengatakan yang kita tidak pernah melakukan pilih kasih,tapi harus di ingat, manusia memiliki pelbagai persepsi..jadi setiap apa yang kita lakukan mereka akan membuat satu andaian dan manusia juga mampu membaca diri kita yang sebenarnya daripada tingkah laku kita sendiri..Dengan itu aku sudahi dulu
penjelasan kita tentang pilih kasih ini dan di harap ia tidak akan mencetus sebarang konspirasi kerana ai tidak ada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia mahupun yang masih hidup di bumi Allah s.w.t ini..

SEkian terima kasih dan ASSALAMUALAIKUM..
Mohon maap jika ada khilaf terhadap ayat kerana kelemahan ini
datang dari diri sendiri dan kelebihan adalah milik Allah s.w.t jua..

Aku Dan Air Mata ????


Assalamualaikum semua..diharap semua sihat-sihat hendaknya dan dilindung oleh
Allah s.w.t..amin...

Ok tajuk entry aku pada saat ini ialah berkisarkan tentang "Aku Dan Air Mata " ...
Kenapa aku memilih tajuk ini..jap ea..nk pikir jap..nape ea..ermmm..??????
hahahahha..tajuk ini sebenarnya lebih kepada pengalaman yang pernah aku lalui sepanjang kehidupan
aku dimuka bumi Allah s.w.t ini..Serius wey..macam-macam jenis ujian dan dugaan sudah
datang memperkenalkan cara mereka yang tersendiri..hahahaha..kadang-kadang..
berdebak..aku jatuh tersungkur daaaa....hahaha..
Jatuh mahupun bangun seseorang,semuanya terletak pada diri kita sendiri..betul ke tidak.X3..
ask ur self..than get the answers..hahaha..

Sebagai seorang manusia yang memegang gelaran khalifah dibumi 
Allah s.w.t nie..memang tak akan terlepas dari ujian kan..tapi aku tetap bersyukur
sebab disaat aku memerlukan,Allah s.w.t akan selalu menghadirkan seseorang
yang sentiasa aku tunggu selalu..Dye selalu berkata,saya akan selalu dapat tahu keadaan
awak hanya melalui instinct saya..walaupun kadang-kadang aku selalu mengelak 
dan mengatakan..ishhh,tak pun..banyak pikir nie..hahaha..biasalah ego tinggi
melangit lah katakan..hahahah..

Luahan (1 )
Jatuh air mataku iringi, remuk ke dalam hatiku,
Saat ku kehilanganmu,dan hanya rintik hujan yang menemani aku..
Disaat aku bertahan,selama ini aku bertahan..
Lewati semua malam dinginnya,aku pandangi hanyalah langkahmu..
wahai kau air mataku,hanya engkaulah saksi hidupku..
Saat aku kehilangannya..saat aku kehilangannya..
Jatuhnya pun masih dipangkuanku..
tak perlu kau sesali...
Disetiap detak jantungku..
Hanyalah engkau yang menemaniku..
Saat ku kehilangannya..saat ku kehilangannya..
Wahai kau air mata ku,hanyalah engkaulah saksi hidupku..
Saat aku kehilangannya..saat aku kehilangannya..
Disetiap detak jantungku...

Semua pasti tertanya-tanyakan siapakah yang selalu,aku tunggu itu..dan cukup merindui..
huhuhu..jap taw aku kenalkan pada kamu semua..

Nur Ain Radiah Bt Zainal..
Merupakan Sahabat baek aku pada
suatu ketika dahulu,tapi kini..
tidak lagi..walaupun
begitu dye tetap dihati..
dahulu hingga kini..



Ayat ini saya berikan pada awak,
Disebabkan saya tidak pandai
untuk meluahkan..
jadi saya harap ia dapat
membantu diri awak mencari
jawapan yang selama
ini awak cari..


Ini sahaja yang dapat aku coretkan dan
mudah-mudahan ia akan menjadi 
satu kenangan yang terindah buat diri aku.

Sekian,ASSALAMUALAIKUM..^_^



First Sight.... OMG


Assalamulaikum and Gud morning semua...hahaha
rasanya belum terlambat ag tuk ucapkan selamat pagi kan..X3...hahahha
Nampak tak permaenan dye..nie msti baru bangun tidur...hahaha..
tak boleh wat menantu langsung..huhuhu...
diam...yer semua..rahsia nie antara kita je..hahahaha..

Today aku nak cuba rungkaikan sedikit tentang first sight...kamo semua mesti pernah mengalami first sight kan,and mesti first sight yang kamo alami tu dengan pelbagai cara..hahahaha
Ada orang cakap first sight nie best...dan ada juga orang cakap,first sight nie memang susah nak lupa...
betul ke ????? hanya dye dan dirinya yang tahu...

Setiap orang kebanyakkan yang melalui first sight nie, pasti akan berharap teman first sight itulah yang akan menjadi teman kekalnya sehingga hujung nyawa tapi tanpa di sedari,pelbagai dugaan pulak yang menimpa..Nauzubillah..
Tapi itulah semuanya telah tertulis dah di dalam luf mahfuz..mungkin si dye hanyalah datang untuk mencoret kenangan yang terindah dan bagi memberikan kita satu pengalaman tentang bagaimana kita menghandle perasaan kita.Bercakap pasal perasaan pulakan,bila seseorang itu dah memang cinta mati dengan first sight,mereka sanggup lakukan apa saja demi orang yang dicintainya..pelbagai bukti mereka try tunjukkan..hurmm..tapi itulah..kadang-kadang mungkin teman kita akan perasan,kadang buat-buat tak perasan dan kadang-kadang langsung tak sedar..
(Yang nie memang parah r..)

Tidak terlepas juga bagi pihak aku,aku juga pernah mengalami first sight nie..masa aku merasai first sight nie,umur aku baru menginjak remaja..kira-kira dalam umur 18 tahun..Pada masa nie,serius sayang gile-gile r aku dekat dia,tapi aku nie jenis yang suka pendam..aku tak pernah bagitahu dye pun sehingga aku kehilangan dye..Kamo semua nak tahu tak,aku nie sanggup buat apa saja demi orang yang aku sayang,walaupun aku tahu dye xnah sedar kewujudan aku di sisi dye..kebanyakkan aku lakukan semuanya hanya ingin melihat dye gembira dan sentiasa sihat di mata aku..hahahahaha..tapi itulah salah aku,
hanyalah dengan
aku tidak pernah mengungkapkan kata cinta pada dirinya...eh3..tapi jangan salah paham taw..
aku buat semua nie bersebab..sebabnya aku tahu,bila aku bagitahu dye yang aku sayang dan suke dye..pasri aku akan kehilangan dye satu hari nanti...jadi bialah hubungan kami hanya diteruskan dengan pertalian PERSAHABATAN sahaja..itu sudah memadai bagi aku..

Bagi aku, bila aku dengan dye bersahabat,aku boleh jaga dan boleh melihat dye setiap hari dan yang paling penting kemesraan kami tidak akan terlebih.....aku juga tidak perlu berharap..Berharap nie sakit..wow..aku memang surrender beb...tak mampu aku...

Lawpun sehingga sekarang,hanya dye dihati aku..aku akan pendam dan jaga perasaan aku ini supaya
ia tidak terlalu over limits..hope so..hahahaha..janji aku dapat lihat dye bahagia nan orang yang dye sayang
dan mampu memberikan sepenuh kasih sayang padanya..Doa aku untuk dirinya,tidak pernah
hilang..Setiap kali bertemu dengan Allah s.w.t, aku pasti akan sedekahkan doa kerinduan aku padanya dan berharap Allah s.w.t boleh tolong sampaikan..hahahahah...amin...

Kalau nak bercerita pasal first sight aku nie kan..sampai esok ke tahun depan pun tak akan abis..
hahahahahha...cukuplah kut itu sahaja yang mampu aku coretkan..

Kepada hamba allah yang sentiasa dihati ini,doa aku untuk dirimu tidak akan pernah hilang
dan izinkan aku menyanyangi dirimu,walaupun hanya dengan jarak jauh dan melalui doa akan ku sampaikan rinduku padamu...Semoga dirimu sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t..

Terima kasih Ya Allah s.w.t kerana sentiasa menjadi perantaraan kasih sayang aku dan dirinya
dan terima kasih kerana sentiasa di sisiku..

Sekian terima kasih dan ASSALAMUALAIKUM.. ^__^

Monday 11 March 2013

Adeq Angkat Yang Paling Aku Sayang..



Assalamualaikum dan Selamat malam semua..
Sekarang telah tepat pukul 10.18 malam..warta berita hari ini ingin melaporkan tentang
2 orang adeq angkat kepada Bulan Bintang ini..hahahahaha..
Bila sudah menginjak ke tengah malam,pale pun sudah tidak berapa nak sihat daaaa...
hahahahaha...

Bila bercakap soal adeq angkat nie kan..pasti ramai yang ada adeq angkat..
nie nasib baek bukan dalam kelas,kalau dalam kelas..jap2 nak try bayangkan..
aku jadi cikgu lah kan..ok anak2 murid semua..cikgu nak tanya nie,sape dekat sini ada adeq angkat..
memang boleh dikatakan separuh kelas angkat tangan..hahaha..
Tapi tu lah..yang dah ada adeq dekat umah pun,still lagi cari adeq angkat..hahahaha..
samalah macam aku,tapi aku tak carilah..cuma bila aku rasa selesa dengan budak yang bawah dari aku,
aku akan anggap dyowg semua macam adeq aku sendiri..
ala3....sweet an...hahahaha...anak sapelah nie kan...hahahha...
an dah terbangga..

Tanpa melengahkan masa lagi..sekarang aku akan memperkenalkan 2 orang adeq angkat aku..
yang selalu buat hidup aku huru-hara...hahahaha...eh3..tak lh..gurau je..
mestilah buat diri aku bahagia...hahahaha...

Jejaka tampan nie bernama SYahmi..
Dia nie adeq angkat aku secara tidak sengaja..
Sebab apa aku cakap cam tu,sebabnya dia nie adalah kawan kepada
sepupu aku...hahaha..yang lawaknya,aku tidak sangka pulak dia berani
memulakan perkenalan untuk mengenali aku nie..
terkejut aku..tapi setelah kenal dirinya..dia sangat baik budaknya
dan yang paling penting dia adalah penasihat aku sekarang..
hahahahaha..

Ha try teka yang mana satu adeq kesayangan aku...tudung merah @ biru..
jeng3..hahahaha..
Ok xnk r teka2 nie...
adeq angkat aku yang gulz nie adalah
yang pakai tudung merah 2..comel x dia..
comelkan..ha,nama dy ialah adilah..
budak uitm dungun dan memerangkap
adeq kepada kawan baek aku iaitu ainani muhammad..




Dengan itu selesailah sudah perkenalan
dan coretan aku tentang adeq angkat aku yang paling aku sayang nie..dengan adanya mereka,terasa kekosongan terisi walaupun masih ag ase kekosongan tersebut..oklah..sampai disini dulu dan ASSALAMUALAIKUM semua.. ^__^

Bulan , Bintang , Air Hujan dalam Diriku


Assalamualaikum..
sebagai pembuka bicara kita malam ini..

Sewaktu aku termenung dihujung katil sambil tangan diletakkan di atas dahi
keadaan sperti orang yang sedang memikirkan tentang masa depan..Poyo je kan..hahaha

Sebenarnya bukan nak bercakap soal tangan diatas dahi ini..aduii...nasib xmelalut tadi..hahaha
Ok before kita masuk ke lebih dalam lagi..dan cuba mengexplaination kan lagi apakah sebenarnya yang ingin di terangkan oleh aku lah kan..izinkan aku buat pendahuluan dulu..jangan risaulah tak lama pun..hahaha

Ok seperti mana yang kita ketahuikan Bulan , Bintang dan Air Hujan merupakan satu benda yang sangat berlaian bentuk serta ejaannya..hahahaha..see kan dah melalut..hahaha..ermmm..macam mana nak bagitahu ini..ala tak payah nak mukadimmah sangatlah kan..bukan best pun ayat..hahahaha..

Actually aku nak beritahu kamo semua betapa pentingnya Bulan , Bintang dan Air Hujan buat diriku..Mesti kamo semua pelikkan..apalah yang penting sangat benda alah tu...erhhh..entah pape je..hahahhaha..
ha tu lah koowg..tak semua orang mempunyai kepelikkan macam aku ni..

so jom aku terangkan pada kamo semua , apakah sebabnya aku cakap yang Bulan , Bintang dan Air Hujan penting dalam kehidupan aku..

Mehh kita cuba buka cerita tentang Bulan..jeng3..bukan movie taw..


Ini lah Bulan kesayanganku..

Untuk pengetahuan semua , bulan selain daripada simbol yang menunjukkan
agama Islam dan juga mitos terhadap serigala jadian..
Ia sangat memberi kesan pada diriku..
Ini kerana bila aku merindui seseorang akan aku lihat bulan
sambil berdoa pada Allah s.w.t , dengan memohon supaya
insan itu juga merindui aku..dalam masa yang sama aku akan membayangkan
wajahnya dibulan itu.

BINTANG

Dari kecik lagi aku suka kira bintang..aku akan melakukan pengiraan bintang
bila aku merasa sedih ataupun bila hati aku berada dalam keadan gelisah..
Bila aku penat mengira bintang,ia akan memberi satu kepuasan buat aku..

Selain daripada itu juga , aku selalu memujuk diri aku sambil berkata ,
wahai hati yang lembut dan diri yang lemah ,
jangan nah engkau berputus asa , teruskan bermimpi hingga sampai ke bintang..


HUJAN

Bagi sesiapa yang mengenali diri aku ini , mereka pasti akan tahu mengapa aku sangat memerlukan hujan.
Memang bila kita bercakap soal hujan,pasti mereka kaitkan kita dengan citer hindustan kan..kata mereka..lah kan..
Tapi aku langsung tidak kisah..sebab hujan juga merupakan salah satu sahabat yang sangat memahami aku di saat aku
sedih dan ingin menangis..

Diwaktu kecil dulu , bila rasa nak nanges aku akan selalu menunggu hujan dan bila hujan tiba
pada saat itulah aku akan berlari dan duduk di bawah air hujan yang turun membasahi bumi allah..
Aku akan menangis sepuas hati aku ..dan bila balik umah , nenek akan tanya kenapa mata dan baju kamu basah..
jadi aku ada point..aku akan cakap tadi mandi hujan nek..hahaha..
sampai sekarang aku masih amalkan..



So itu sajalah yang dapat aku explain kan kenapa BULAN , BINTANG dan AIR HUJAN sangat penting buat diri aku yang memiliki serba kekurangan ini..Jadi sampai ketemu lagi...ASSALAMUALAIKUM..

Insan Istimewaku


Assalamulaikum..
Salam diberi tanda dirimu sentiasa dihati
dari dulu sehingga kini..

Malam yang diterangi oleh lampu meja dan angin kipas nombor 2 ditekan maka bermulalah sesi taip
menaip..hahahahaha..walaupun hanya ditemani dengan lagu yang didengdangkan oleh kumpulan hijjah yang bertajuk "kau sahabat kau teman sejati " memang melemahkan segala sendi otot dalam badan aku nie..mana taknya tetiba rasa nak mengalirkan air mata..teringatkan seorang insan yang teramat istimewa dalam diriku..

Dalam banyak banyak kawan yang aku temui sepanjang hidup aku ini , hanya dialah yang sanggup mengharungi pelbagai kisah pahit dan manis aku..walaupun berbezaan umur terlalu ketara buat kami tapi ia langsung tidak menghalang kami menjadi teman yang teristimewa sehingga ramai yang memcemburui keakraban kami..

NUR FATHIN BT FARIDZAT
Ini lah insan istimewa aku..walaupun kadang- kadang aku geram dengan sikapnya yang begitu memeningkan kepala tapi aku amat menyanyangi dirinya yang teamat sangat...Dia seorang insan yang sangat memahami diri  dan yang paling penting dia menerima diri aku dengan seadanya.

Telatah dia selalu mencuitkan hati aku...Tiap kali kami nak makan , mandi , basuh kain or do sometimes..tak sah kalau tidak bergaduh..hahaha..nak tidur pun kadang - kadang kami sempat lagi gaduh..Dia pernah bagaitahu aku,bahawa dia tidak boleh berjauhan dan tidak boleh kehilangan aku walaupun hanya untuk beberapa minit kerana akulah tempat dia bergurau,tempat dia menangis,tempat dia bermanja dan banyak lagi..

Ya allah pertama kali mendengar luahan yang keluar sendiri dari mulutnya,tidak semena-mena setitis air mata mengalir keluar membasah muka bumi allah..aku cukup rasa terharu kerana tidak pernah di hargai sebegini sekali..Walaupun musim cuti , dia akan selalu menelefon aku dan bertanya tentang khabar aku..setakat ini dia tidak pernah meninggalkan aku..

Kalau nak citer lagi aku rasa sampai ke tahun depan pun tak akan abis sebab kami tersangatlah banyak ragam sampai kadang -kadang merimaskan orang sekeliling kami..apa-apa pun aku sangat menghargai dirinya dan menerima dirinya seadanya seperti mana dia mengahrgai dan menerima diriku seikhlas hatinya.

NUR FATHIN BT FARIDZAT...terima kasih aku ucapkan atas segala-galanya pengorbanan dan keikhlasan yang telah kau berikan pada aku selama ini..Aku akan menghargai diri kamo dan akan menyanyangi kamo seumur hidup aku..Aku tak nah lupakan jasa dan kebaikan kamo sayangku..

Kau lah Teman dan Insan Istimewa
untuk bulanbintang
Sayang kamo sangat-sangat.

Sebuah Kerinduan secebik Kasih Sayang...

Sebuah Kerinduan secebik Kasih Sayang...

Tajuk entry pertama saya dalam memulakan langkah untuk mencoret kembali liku-liku kehidupan saya sebagai seorang manusia.

  hahahahahha...tengok tak permaenan saya macam mana..pergghhh...ayat skema tu..kalah cter sembilu...hahahaha...xde lah saya nie bukan lah skema owg ny and not really serius in my life..aaa..jgn slp..bkn mkne xserius lam hidup saya selalu maen2..xmo3..saya cuma xserius pada tempat dan situasi saje...hahahha

ok now lets start wif my life..ok as u want 2 know..juz col me BINTANG @ BULAN..coz this is my favorite things..dan dye memiliki maksud yang tersendiri taw..hahahahha..ooopppsss...mesti semua tertanya-tanya pe motif saya buat blog nie an..actlly xde motif pun..just for fun and make a lots of friend..

Bak kata orang purba kala..BERCINTA BIAR 1 DAN BERKAWAN BIAR SERIBU..hahaha..janganlah kamo semua hairan taw,kenapa saya nie bila tulis mesti gelak..gelak tu adalah sebahagian dari hidup saya..sebab bila saya gelak,saya akan rasa bahagia and the most importand kawan-kawan akan bagi respond at saya..

do u know..i have a lots of friend but kawan wak,macam yang kita selalu dengar orang purba kala mengatakan...jeng3...KAWAN YANG GEMBIRA RAMAI SEKALI TAPI KAWAN YANG SANGGUP MENANGIS..DALAM 1 MILLION nie just 1 orang je yang akan kita temui..betul ke tidak..x3...
(THINKS ABOUT ITS ).

Sekarang saya nak kenal an dengan sahabat yang selalu berada di samping saya yang selalu bagi nasihat yang berguna..






Nama diberi Nor Azmira aka Kak Myra







Nama diberi Nurfarahin Aka Farah






Nama diberi Rafiza Hidayu Aka Fiza