Followers

Thursday 14 March 2013

Apa Itu Perasaan???



Assalamualaikum semua buah hati aku di blog ini dan selamat malam..
Baru 2 hari tak updated blog,tapi dah rasa macam satu tahun tak updated..hahaha..
Semalam nak je updated blog,tapi itulah keadaan pulak mencemburui aku..atoii..
Than early monink pulak,aku baru aje on lappy..tetibe mata pulak..rasa macam..
gelap sangat,pale pulak berdenyut-denyut..rasa macam naek roller coster lak..hahahaha..

Malam nie pun sebenarnya tidak berada nak izinkan sebab pale still lagi sakit,tapi itulah..
kerinduan dan juga ada benda yang ingin dikongsikan..
maka dengan badan yang lemah,aku gagahi jugak...hahahha..
And now im here...

Ok tanpa melengah-lengahkan masa lagi,malam ini aku ingin menceritakan sedikit sebanyak lah kan tentang
perasaan..Semua pasti ada perasaan bukan..kalau tak ada,semua itu poyo je..
sebab apa aku cakap macam tu,sebab binatang pun ada perasaan..
orang giler pun ada perasaan..boleh dikatakan semua benda yang hidup
pasti memilikinya cuma yang membezakan adalah cara kita mengawal perasaan tersebut..
Tetibe rasa macam motivator lak..hahaha...
Dekat sini siapa tahu maksud PERASAAN yang sebenar-benarnya..???
Perasan merupakan satu tindak balas yang berlaku melalui proses dalaman kita..Pelbagai jenis perasaan
yang boleh di pecahkan apabila proses ini berlaku.Dan diantaranya ialah marah,berkecil hati,suka,cinta,sayang,benci,kecewa,mudah tersinggung dan banyak lagi..Perasaan ini wujud
sejak kita kecil lagi dan ia datang tanpa diundang dan ia pergi tanpa disuruh..
Dari segi psikologi pula perasaan ini merupakan satu bentuk yang mengerakkan kita melakukan sesuatu dan menyatakan sesuatu mengikut emosi yang kita cuba tunjukkan..
Tapi harus diingat yer cyg ku semua,jangan sampai perasaan yang mengawal kita,
tapi biar kita yang mengawal perasaan tersebut...

Ok kebiasaannya perasaan yang sering kita dengar dan baca ialah berkaitan dengan cinta..
pergghhh,kalau petik pasal perasaan cinta nie kan..aku berani kerat jarilah,memang akan ramai nak jadi motivator r..hahahah..tapi itulah hakikatnya..Perasaan cinta merupakan satu perasaan yang sangat famous..lebih-lebih lagi dikalangan remaja zaman sekarang..
Eleh,aku cakap dekat orang,tapi aku juga mempunyai perasaan itu juga..hahaha..memanglah..
dah nama pun manusia..aku wajib ada cuma aku tidak mengakuinya..
tapi aku ada sebab yang tersendiri..hehehe..
Perasaan cinta ini sangat indah..Jika seseorang itu mengalami perasaan ini,pasti akan terasa
Dunia ini milik aku dan terjadilah simptom-simptom yang selalu ada dalam sinetron indonesia pukul 3 tu..
hahahahahahha..macam3..kadang lawak pun ada,kalau jumpa dengan individu ynag mengalami masalah ini..hahaha...
Ada setengah orang dia terlalu obses dengan perasaan.Sampai lupa apa sebenarnya yang ingin dicapainya..
dan ada juga yang sanggup mati kerana cinta ini..waduh2...berani mati betul yer..orang sekarang dah macam tak sayang nyawa pun ada..NAUZUBILLAH..mintak jauh..amin..
Bercinta tu tak salah,tapi bialah kita tahu batas-batas dan jangan sampai kita obses dengan cinta..

Aku juga pernah bercinta dan pernah rasa penangan dari cinta nie..
Serius aku cakap,aku serik dengan cinta nie..tapi itulah..
cuba menghalang diri daripada memiliki perasaan yang berkaitan dengan cinta ini,
tapi semakin jauh dengan dia,semakin dekat dia datang..
sampai aku sendiri tidak sedar,bila masa aku mempunyai perasaan cinta ini..
Sekarang aku hanya membiakan je perasaan nie
berada dalam hati aku..dan hanya mampu mengawalnya selagi mampu..
Bagi aku jika aku menyintai seseorang hamba allah nie..
ataupun merindui seseorang cukuplah,
aku dan allah s.w.t saja yang taw..
dan hanya doa sahaja yang mampu aku sampaikan..
moga-moga dia juga merindui dan menyanyangi aku..
seperti mana aku merindui dan menyanyanginya..
mungkin cara aku,kamo semua kurang berkenan an..hahahahha...tapi tak apa,
aku paham sebab semua orang,walaupun rambut sama hitam tapi hati berlainan
begitu juga dengan cara pemikiran serta cara mereka mengawal perasaan mereka..hahaha..

Perasaan nie memang unik..
susah untuk kita pahami..
sukar untuk kita luahkan..
sukar juga untuk kita mengawal kehadirannya..
tapi jika semua nya kita berjaya..
perasaan ini akan memberi kita sejuta kebahagiaan..

Sampai disini je lah coretan saya tentang perasaan..bagi sesiapa yang mempunyai perasaan..bersyukurlah kerana allah s.w.t masih lagi ingin memberi kita merasai apakah keistimewaan yang akan mewarnai kehidupan kita di dunia ini..Dan bagi yang menidakkan perasaannya..in shaa allah,lambat atau cepat..akan hadir perasaan yang anda inginkan..banyakkan berdoa..kepadanya kerana dia lebih mengetahui segala-galanya..Sekian,Wassalam..dan Selamat malam.. ^__^

No comments:

Post a Comment