Followers

Monday 11 March 2013

Insan Istimewaku


Assalamulaikum..
Salam diberi tanda dirimu sentiasa dihati
dari dulu sehingga kini..

Malam yang diterangi oleh lampu meja dan angin kipas nombor 2 ditekan maka bermulalah sesi taip
menaip..hahahahaha..walaupun hanya ditemani dengan lagu yang didengdangkan oleh kumpulan hijjah yang bertajuk "kau sahabat kau teman sejati " memang melemahkan segala sendi otot dalam badan aku nie..mana taknya tetiba rasa nak mengalirkan air mata..teringatkan seorang insan yang teramat istimewa dalam diriku..

Dalam banyak banyak kawan yang aku temui sepanjang hidup aku ini , hanya dialah yang sanggup mengharungi pelbagai kisah pahit dan manis aku..walaupun berbezaan umur terlalu ketara buat kami tapi ia langsung tidak menghalang kami menjadi teman yang teristimewa sehingga ramai yang memcemburui keakraban kami..

NUR FATHIN BT FARIDZAT
Ini lah insan istimewa aku..walaupun kadang- kadang aku geram dengan sikapnya yang begitu memeningkan kepala tapi aku amat menyanyangi dirinya yang teamat sangat...Dia seorang insan yang sangat memahami diri  dan yang paling penting dia menerima diri aku dengan seadanya.

Telatah dia selalu mencuitkan hati aku...Tiap kali kami nak makan , mandi , basuh kain or do sometimes..tak sah kalau tidak bergaduh..hahaha..nak tidur pun kadang - kadang kami sempat lagi gaduh..Dia pernah bagaitahu aku,bahawa dia tidak boleh berjauhan dan tidak boleh kehilangan aku walaupun hanya untuk beberapa minit kerana akulah tempat dia bergurau,tempat dia menangis,tempat dia bermanja dan banyak lagi..

Ya allah pertama kali mendengar luahan yang keluar sendiri dari mulutnya,tidak semena-mena setitis air mata mengalir keluar membasah muka bumi allah..aku cukup rasa terharu kerana tidak pernah di hargai sebegini sekali..Walaupun musim cuti , dia akan selalu menelefon aku dan bertanya tentang khabar aku..setakat ini dia tidak pernah meninggalkan aku..

Kalau nak citer lagi aku rasa sampai ke tahun depan pun tak akan abis sebab kami tersangatlah banyak ragam sampai kadang -kadang merimaskan orang sekeliling kami..apa-apa pun aku sangat menghargai dirinya dan menerima dirinya seadanya seperti mana dia mengahrgai dan menerima diriku seikhlas hatinya.

NUR FATHIN BT FARIDZAT...terima kasih aku ucapkan atas segala-galanya pengorbanan dan keikhlasan yang telah kau berikan pada aku selama ini..Aku akan menghargai diri kamo dan akan menyanyangi kamo seumur hidup aku..Aku tak nah lupakan jasa dan kebaikan kamo sayangku..

Kau lah Teman dan Insan Istimewa
untuk bulanbintang
Sayang kamo sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment