Followers

Tuesday 12 March 2013

Pilih Bulu...ooppssss...Perlu ke ???


Assalamualaikum...

Hari pun sudah semakin panas..kalau dapat minum coke plus nan ais nie..
pergghhhh...memang best r..favorite lah katakan..hahaha..
tapi bagi kanak-kanak ataupun pengidap penyakit diabetis...jangan tiru 
peragai aku sebab in shaa allah , ia akan memberikan kesan yang kurang memuaskan..hahaha..

Ok sekarang ini aku bukannya nak bercakap atau bersyarah tentang penyakit dan 
aaa..X3...aq bukan ambik jurusan doktor yer..tapi...jeng3..
PSIKOLOGI...HIDUP PSIKOLOGI...

Bercakap soal pilih bululah ini..memang memeranjatkan..mana tak nya..ajegemo pilih bulu..
ate idok ke tak bende laen yang nak pilih kan..ate..ishhh..mengkome semue nie..idok ler
teman paham..hahahaha..itu bagi pemahaman untuk orang yang tak tahu makna PILIH BULU..

Pilih bulu ini sebenarnya merupakan perkataan daripada simpulan bahasa,yang memberi maksud
"Memandang kedudukan,bangsa,dan keturunan "yer adeq-adeq...ha..kan dah jadi cikgu..
Ramai sekarang suka sangat pilih bulu..sampai kadang-kadang orang yang tidak menjadi perhatian mereka ini menjadi terasa dan terasing..maka bermulalah pemberontakkan dalaman.Ini semua disebabkan
pringkat ego tidak dapat diselaraskan lagi dengan begitu baek..bukan senang taw untuk mengawal
perasaan bila sudah terasa ini...baek berhati-hati dengan keadaan sekeliling...

Persoalan sekarang perlu ke kita sebagai ibu bapa,para pendidik,kawan-kawan dan juga pemerintah bersikap pilih kasih antara sesama sendiri..Pertanyaan saya sekarang.Apakah faedah bila kita dapat membuat keadaan pilih kasih itu terjadi???Ermmm bagi pendapat sayalah kan,better tak payahlah..waste ur time sebenarnya..
Keadaan pilih bulu ini biasa kerap kali berlaku dalam isu pendidikan..kenapa aku boleh mengungkapkan
persoalan ini..ok mari aku bawa kamo semua kepada satu situasi..

SITUASI ( 1 )= Dalam kelas.

Ali,Amran,Husin dan juga Kamil merupakan satu group yang sangat popular di sebabkan meraka pandai bercakap dan alhamdulillah pencapaian akademik mereka juga memberangsangkan.Manakala bagi group Khadijah.Maisara,Nora dan juga Faezah merupakan group yang sederhana tetapi mereka tetap cuba menonjolkan diri serta kemampuan mereka setiap kali aktiviti yang dijalankan dalam kelas mahupun ujian..
Walau bagaimanapun,setiapa kali pensyarah mahupun cikgu yang masuk ke dalam kelas itu,hanya group Ali sahaja yang akan diberikan perhatian..Memang tidak di nafikan mereka juga menanyakan seperti soklan yang biasa,"Kamo faham Faezah??,Boleh buat Khadijah??tapi persoalan sekarang,mengapa tiba untuk menanyakan soklan yang penting contohnya berkaitan dengan markah ataupun soklan yang penting dalam exam,mereka langsung tidak memberikan kerjasama sedangkan bila group Ali..tanpa mereka tanya,meraka akan mendapat jawapan...

Persoalan yang timbul sekarang ialah "Perlu ke pilih kasih ini terjadi " Pada hal semuanya sama dan ia merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik.Aku tidak mengfokuskan pada pendidik sahaja,cuma apa yang aku cuba huraikan dekat sini ialah situasi yang biasa kita rasai.Sekarang ini tidak kiralah pendidik,ibu bapa,kawan-kawan mahupun pemerintah..soal pilih kasih sebenarnya tidak layak di tunjukkan dan juga dijadikan satu amalan..

Walaupun kita mengatakan yang kita tidak pernah melakukan pilih kasih,tapi harus di ingat, manusia memiliki pelbagai persepsi..jadi setiap apa yang kita lakukan mereka akan membuat satu andaian dan manusia juga mampu membaca diri kita yang sebenarnya daripada tingkah laku kita sendiri..Dengan itu aku sudahi dulu
penjelasan kita tentang pilih kasih ini dan di harap ia tidak akan mencetus sebarang konspirasi kerana ai tidak ada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia mahupun yang masih hidup di bumi Allah s.w.t ini..

SEkian terima kasih dan ASSALAMUALAIKUM..
Mohon maap jika ada khilaf terhadap ayat kerana kelemahan ini
datang dari diri sendiri dan kelebihan adalah milik Allah s.w.t jua..

No comments:

Post a Comment